Friday, September 30, 2011

Jumpa tak?

Aktiviti hari Jumaat. 


Cuba cari kucing dalam gambar ni. Siapa jumpa, dia memang hebat!

p/s: cari betul-betul

Monday, September 26, 2011

Jamuan Raya Opis

Masih ada lagi jamuan raya pada penghujung bulan Syawal. Pagi tadi ada jamuan raya di opis aku. Marilah kita menjamu mata dengan makanan yang disediakan. (tak sempat nak ambil semua gambar sebab sibuk menikmati makanan)


Hasil air tangan aku, kuah lodeh. 

Lemang

Sate

Rendang ayam dan rendang burung puyuh.

Buah-buahan

Air bandung soda yang sedap.

Pelbagai puding.

Kek lapis

Kek keju epal

Kek blackforest yang tinggal sedikit.

Sempat lagi bercerita sambil makan-makan. 

p/s: alhamdulillah....rezeki

Wednesday, September 21, 2011

Free seating Air Asia


Hari ini bermula tawaran free seating daripada Air Asia. Selalunya kalau ada tawaran free seating macam ni, memang susahlah nak log in. Asyik kena tunggu sahaja. 

Nampaknya harapan nak booking ke Bali tahun depan macam nipis sahaja. Ada sesiapa yang berjaya? 

p/s: kena tunggu tawaran lain pula. 

Tuesday, September 20, 2011

Birthday wish

Bulan depan, adalah hari jadi aku. Boleh tak aku nak minta kek aiskrim? Wahai adik-adik aku, tolong sponsor ya. Hehehe...


Bukannya mahal pun, cuma RM58 je. 

Ada kajian mengatakan bahawa:
Tiba-tiba nak makan manis, adakah itu tanda aku tengah depressed? 

p/s: tambah manis dalam senyuman.

Sunday, September 18, 2011

Hari jadi Hadi

Pada suatu petang...


"Awong, nak kek ultraman!", permintaan daripada Hadi untuk bakal hadiah hari jadi. 

Alamak! Apa yang harus aku lakukan? 


Hadi punya pasal, aku buatlah walaupun taklah hebat mana pun. Beli sahaja gambar ultraman dan tampal je atas kek. Itu pun nak cari gambar ultraman, sampai 3 buah kedai aku cari. 

Nampak tak kek ultraman yang Hadi nak tu?

Birthday boy.

Tak sabar nak potong kek.

Biar mami yang tolong potong ya. 

Siapa sangka, Hadi dah umur 5 tahun. Happy Birthday Hadi Thalith. Dah besar panjang anak saudara aku ni.  Awong nak pesan tau, "Hadi dah besar, tak boleh lagi nak berkepit dengan mami je."

Sambutan hari jadi Hadi buat secara kecil-kecilan. Yang datang pun cuma adik beradik dan jiran sebelah rumah adik aku. Sepatutnya nak sambut pada 4 September tapi masa tu masih sibuk dengan sambutan raya dan aku pula masa  tu tak ada kat rumah. Kenalah tangguh pada minggu berikutnya. 

p/s: next birthday siapa pula?

Saturday, September 17, 2011

Makan-makan dim sum

Ada tawaran hebat makan-makan dim sum buffet di Hotel Holiday Villa, Subang. Cuma bayar RM35 dan makanlah sepuas hati. Kalau nak ikutkan, harga asal adalah RM58, diskaun sebanyak 40% beb. 



Makan-makan dim sum mula pukul 6.30 petang sampai pukul 10.30 malam. Memandangkan semalam adalah cuti am, ramailah yang datang mengambil kesempatan datang untuk makan-makan. Ramai gila orang datang. Bayangkan, staff dia orang baru nak hidang dim sum dalam troli, dah kene serbu macam diserang garuda sahaja. Kejap je makanan dah habis. Nasib baik aku sampai awal, masih banyak lagi makanan. Kasihan orang yang datang kemudian, banyak makanan yang habis. Nak tunggu isi semula, ambil masa pula. 

Ini adalah hasil tangkapan yang berjaya aku kumpul semalam. (tak semua makanan yang sempat ambil gambar)











Secara keseluruhan, aku boleh bagi 3.5 bintang daripada 5 bintang. Makanannya ok cuma yang tak seronoknya kena berebut dengan ramai orang. Tips yang dapat aku beri, kalau boleh datang awal. Kalau mula 6.30 petang, kena dah ada masa tu. Selalunya makanan masa tu masih banyak dan orang pun tak ramai lagi. Cuba elak datang masa hari cuti umum sebab masa tu mesti ramai orang yang datang. 

Bersepahnya meja aku. Chopstick bersepah-sepah. 

Aku suka makan bubur ayam, siap tambah 2 kali. Hehehe.. Ada juga dihidangkan sushi tapi tak berapa menarik lagipun pilihan tak banyak. Rata-rata yang datang nak makan dim sum termasuk aku. 

Muka kekenyangan. Buurrp! Alhamdulillah. 


p/s: rasa nak pecah perut dibuatnya makan dim sum. 

Friday, September 9, 2011

Pengalaman naik ETS

Baru-baru ini buat kali pertama aku naik Electric Train Services (ETS) dari Ipoh ke Kuala Lumpur. Biasalah tu, kali pertama naik rasa gayat dan excited terlebih sikit.

Perjalanan dari Ipoh ke Lumpur cuma mengambil masa 2 jam sahaja dengan kelajuan sampai 148km/jam! Laju gila.  Bertolak pukul 8.30 pagi sampai Kuala Lumpur Central dalam pukul 10.30 pagi.

Manakala tambangnya pula adalah RM45 seorang untuk perjalanan sehala. Nasib baik ayah aku sponsor tambang. Terima kasih ayah. 

Yang bestnya dalam ETS ada pramugari. Dahlah tu, siap bagi makanan dan minuman. Macam naik kapal terbang pula. Hehehe..

o
Tak ramai orang, banyak tempat duduk yang kosong. 

Stesen keretapi Ipoh.

Jumpa kawan baru yang duduk depan aku. Comel!

Aku tidur sahaja sepanjang perjalanan. Sedar-sedar dah sampai Kuala Lumpur.  Tak sempat nak ambil gambar pemandangan kat luar lagipun masa tu bateri kamera dah habis. Sorrylah ye! 

p/s: tak rugi naik ETS. cubalah! 

Tuesday, September 6, 2011

Perjumpaan keluarga

Pada 4 September, ada perjumpaan keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah, perjumpaan keluarga sebelah ayah aku di Temerloh. Ini adalah perjumpaan kali kedua dan khabarnya akan merancang untuk dilakukan pada bulan Syawal setiap tahun. Eloklah tu, dapatlah berjumpa semula sanak saudara yang jarang berjumpa dan kenal-mengenali antara satu sama lain terutamanya macam aku ni yang jarang balik kampung. Amik kau! 

Serba sedikit mengenai sejarah keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah. Mereka mempunyai 5 orang anak iaitu:

1. Ali
2. Daud
3. Yang Minah
4. Busu
5. Mariam

Keluarga aku pula tergolong dalam keturunan Daud. Nak diikutkan, Daud adalah pangkat moyang aku. Sayangnya aku tak sempat jumpa moyang aku malah dapat jumpa dengan aki (panggilan datuk kat Pahang) pun masa umur aku 3-4 tahun. Umur aki tak panjang, meninggal dunia akibat jatuh daripada panjat pokok rambutan. 


Dipendekkan cerita, aku adalah generasi kelima daripada keluarga Haji Awang Nayib dan Hajjah Timah. Kalau dikumpulkan semula semua ahli keluarga, pasti ramai bilangannya. 

Semasa perjumpaan keluarga, setiap wakil akan ceritakan salasilah dan kenalkan ahli keluarga mereka kepada yang datang. 

Di sini aku ingin kongsikan gambar-gambar semasa perjumpaan keluarga. 

Daftar dulu sebelum majlis bermula. 

Setiap buku mewakili keluarga masing-masing.

Buku merah (bukan warna merah sebenarnya) yang mewakili keluarga Daud.

Ayah aku berucap yang mewakili keluarga Daud. Alamak macam YB pula. 

Acara paling penting, acara makan-makan.

Pemberian duit raya kepada ahli keluarga.

Acara kemuncak, gambar beramai-ramai. 

p/s: insyaallah kita akan berjumpa lagi pada tahun hadapan.

Friday, September 2, 2011

Sambutan hari raya

Hari ini masuk hari keempat dalam bulan Syawal. Amacam sambutan raya kali ini? Walaupun aku dapat cuti lama, hari raya kedua aku dah balik Bangi. Ini semua gara-gara adik bongsu aku kena masuk kerja pada hari Khamis. 

Sekarang ini, aku cuma duduk kat rumah. Nak beraya pun, ramai lagi yang belum pulang ke rumah. Nak jalan-jalan, rasa malas pula. 

Sejak balik beraya di kampung, perut asyik memulas sahaja. Asyik melantak rendang je, terkejut perut aku dibuatnya. Padan muka! 

Untuk melegakan sikit perut aku, hari semalam aku mula puasa sunat enam. Rasa melepet je atas katil menahan sakit perut siap makan pil chi kit tek aun dan sapu minyak yu yee lagi. Alhamdulillah hari ini ada rasa lega sikit. 

Pil sangat berguna untuk hilangkan rasa sakit perut.

Minyak yu yee bau limau


Selamat menyambut Hari Raya Aidilfitri. Makan berpada-padalah ya. 

p/s: nak beraya rumah siapa ya?

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails