Tuesday, December 24, 2013

Puffy Buffy Cafe, Cyberjaya

Macam comel bunyi nama Puffy Buffy Cafe ni. Aku dapat tahu kedai ini baru je beroperasi pada 12 Disember. Kebetulan aku tak tahu nak makan mana, apa kata kita cuba dulu. 

Kedai yang menyediakan makanan melayu dan western. 

Suka suasana dan hiasan dalaman kedai ini yang bertemakan warna putih, biru dan pink. Ala-ala sweet gitu. 

Ini nombor meja aku. Memandangkan sambutan Hari Krismas tak lama lagi, ada diletakkan hiasan pokok krismas mini di setiap meja makan. 

Aku suka ayat ini. That is why I love food so much!

Aku order fish & chips. 

Secara keseluruhan aku tak berpuas hati dengan perkhidmatan diberi. Bayangkan, aku tunggu lebih daripada 20 minit untuk dapatkan makanan aku. Nak kata ramai orang, masa tu taklah ramai sangat. Ini gara-gara pelayan kedai telah hantar makanan aku ke meja sebelah yang kebetulan order makanan sama dengan aku. Dahlah hantar lambat, sikit tak minta maaf kat aku. Geramnya.... 

Ada 1 lagi insiden yang aku anggap kelakar. Kawan aku telah order air teh o ais limau. Boleh pula pelayan tu tanya balik, "akak, nak panas ke sejuk?" Aku dan kawan aku tergamam sekejap. Dah terang dan jelas kawan aku order teh o ais limau, dah tentu sejuk kan. Aku tak tahu pula ada yang panas. Akak keliru dik. 

Masa nak bayar pula, cashier telah silap memberi baki duit kawan aku, kurang RM10. Nasib baik kawan aku perasan dan bila dia sound balik kat cashier, sikit tak minta maaf. Aku tahulah kau masih baru tapi sekurang-kurangnya cakaplah minta maaf sebab salah beri duit baki. Pelanggan pun tak rasa marah. Kenapa? Susah sangat ke nak sebut maaf? 

Aku rasa ini adalah kali pertama dan terakhir aku pergi ke sini. Makanan pun rasa biasa-biasa je. Mungkin nasib aku tak berapa baik kali ini. Sesiapa nak mencuba, bolehlah cuba. Aku tak halang pun nak pergi. 

Maklumat lanjut:
Puffy Buffy Cafe,
New Airport KLIA 2,
4809-G-32, 4809-G-33, CBD Perdana 2,
63000 Cyberjaya, Selangor

Ulasan ringkas
Harga: 3/5
Kesedapan: 3/5
Layanan: 1.5/5
Suasana dan kebersihan: 3/5

p/s: rasa-rasa boleh jadi pengkritik makanan tak? 

12 comments:

  1. Salam sis...terima kasih kerana datang ke cafe kami dan terima kasih kerana memberi komen seperti diatas. Kami ingin minta maaf sekiranya kami tidak memberikan service yang tidak memuaskan. Pada tarikh sis datang tu, kami baru sahaja start operasi. Staff2 kami masih didalam training dan staff tidak ramai. Alhamdulillah sekarang kami telah meningkatkan mutu service kami. Customer semakin ramai. Sekarang kami dh ada buffet makanan kg..time lunch mmg crowd..mungkin sis boleh dtg untuk cuba buffet pula...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ralat (typo error lak) : kami ingin minta maaf sekiranya kami tidak memberikan service yang memuaskan pada tarikh sis datang tu.

      Delete
    2. Ok. Harap semuanya bertambah baik.

      Delete
  2. Ek eleh...aku tgk blog ko ni complaint je keje nya kan...ko masak sedap sgt ker...disebabkan ko tulis pasal buffy puffy ni...aku pegi gak try...tp x de pun mcm yg mcm ko ckp ni...aku dh gi 4,5 kali dh...makanan dia sedap sgt2...service walaupun lmbt sikit tp pekerja dia baik2...pada aku x de masalah pun sbb setiap kali aku pegi lunch org ramai gile...kadang2 tak cukup tmpt...mungkin betul kata wakil cafe tu dorang baru je bukak masa ko pegi tu...so x payah la tulis mcm tu...cuba klu ko yg punya kedai apa perasaan ko...guna otak sikit beb...dorang baru 3 bulan beoperasi jalan2 cari makan tv3 dh dtg buat coverage...apa barang ko punya komen serupa lu punya muka...cer ko masak lak bg aku rasa...sedap sgt ker....jgn marah la ye kalau aku komen camgini...mcm mana ko marah bila org komen ko, mcm tu la hati org yg ko komen...pikir dulu cik kak sebelum tulis...

    ReplyDelete
    Replies
    1. ek eleh.. aku tgk komen ko tu cam xde kerja aje.tulis menjela macam tu. tulisan tak payah nak guna bahasa rempit sangat.

      Delete
  3. Saya rasa takda salahnya komen cik mazuriah kita ni. Pada saya ini satu komen yg jujur dan bertujuan membina. Bukannya komen utk menjatuhkan atau memburukkan business org lain. Cik mazuriah pon takda pulak saya nampak menghasut reader2 dia supaya jgn dtg sini atau ckp makanan tak sedap langsung. Owner kedai sendiri dah mintak maaf dan cik mazuriah pon komen positif selepas tu. Ringkasan ulasan cik mazuriah pon saya rasa ok. Kebanyakannya 3/5. Utk kategori kedai baru bukak, kira dh tinggi dah ni :) .

    P/s: kalau satu hari nnt encik/cik/puan Anon ada terima komen mcm dlm entry ni, harap dpt terima secara positif mcm mana tuan kedai puffy buffy terima komen cik mazuriah secara amat positif. #Respectdengantuankedaipuffybuffy :)

    #sayapunnakjadiAnonjugakla#

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya..bhg servis di puffy buffy kena banyak improve... ambik komen ...perbaiki ... saya pun dah kena ...

      Delete
  4. To wakil Puffy Buffy cafe, first impression does count! Kalau bagi alasan baru bukak that's state for a reasoning and it doesn't make any sense. You have brand, product but you lack of training because it's just recently launched? Honestly that's crap.

    You should establish your customer because that's your channel and prospect!! kalau rasa tak confident staff maybe tak buat kerja bagus don't hire them! You want to have a good team to be empowered so that it will be autopilot later on.

    And you should hire staff that will always be apologetic due to this kind of circumstances. I'm not representing the blogger but I'm representing your potential customer. If I were you, I will fire those who doesn't have common sense towards customer, because you should know that this is your fund whether you will survive or not!

    ReplyDelete
    Replies
    1. sekarang dah okay kot. rasanya diorang hire ramai temp staff utk serve customer during lunch hour. nampak macam budak2 baru abih SPM jer. tapi okay la, at least masa peak hour tu ramai orang yang serve...so takde la dapat makanan lambat.

      so far saya dah datang ke sini 2x utk lunch, dan takde apa nak komplen sangat pun.

      Delete
  5. Aku pun pernah try puffy buffy ni.harga mahal lak tu.mkn memang tak sedap mane pun.aku mula2 try kat cyberjaya.ari tu aku ge klia2 aku nampak puffy buffy ada n aku try la ge sana.harga kat klia2 lagi mahal gila.patut la aku tgk takde org pun yg mkn kat sana.klu mcm tu la harga korangtakde la org nak dtg.lu masak lu mkn la sendiri.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Setuju sangat dengan comment anda.. Kat cyberjaya pon harga mahal dan food sikit..tak berbaloi dengan harga..Saya harap Cafe puffy buffy dapat menerima comment customer dan reduce kan harga atau balancekan quantity makanan dengan harga yang dikenakan.

      Delete
  6. Pernah cuba... Saya suka puff pastry kat sana

    ReplyDelete

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails